Thursday 22 January 2015

Pavlova Buah-buahan

Pavlova ialah hidangan pemanis mulut yang berkulit rapuh, tetapi sedikit kenyal seolah olah marshmallow dan rasanya lazat . Dilapisi krim putar dan ditaburi buah-buahan segar serta masam menjadikan rasanya seimbang antara masam dengan manis. Ia hidangan pencuci mulut yang popular di restoran dan hotel .
Pavlova diambil daripada nama seorang penari ballet terkenal ari Russia iaitu Anna Pavlova yang mahir dalam seni gerak tari ringan dan beralun . Pavlova turut mempersembahkan tariannya ketika melawat New Zealand pada tahun 1926 dan 1929 .

Bahan-bahan :
  • 221 gram putih telur
  • 368 gram gula
  • 6 gram jus lemon (kalau tiada masukkan sedikit cuka)
  • 9 gram tepung jagung
  • Aneka buah-buahan
  • Krim chantilly
  • 500 gram krim putar
  • 50 gram gula
  • Sedikit perasa vanilla

Cara membuat :
  1. Panaskan ketuhar pada 100 darjah celcius . Pukul putih telur dan gula hingga kembang                                                                                                                                                                  
                                               ihsan gambar : Google
  1. Masukkan sedikit jus lemon dan kacau . Lemon membantu bahan berkenaan lebih cantik dan sempurna warnanya
  2. Masukkan tepung jagung dan masukkan bahan campuran . Bakar dalam ketuhar untuk tempoh 60 minit . Biarkan sejuk untuk tempoh 30 minit .
  3. Untuk membuat krim chantilly , campurkan semua bahan , krim putar ke dalam mangkuk dan kacau laju 
  4. Ratakan krim chantilly di atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan
ihsan gambar : Google

ihsan gambar : Google

ihsan gambar : Google

TIP ; Pastikan bekas dan peralatan digunakan untuk mencampurkan putih telur dan gula berada dalam keadaan kering kerana campuran walaupun sedikit air akan menyebabkan adunan payah kembang .